Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Hari ini saya akan memberi penerangan mengenai tajuk matapelajaran kita iaitu Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar. Dalam matapelajaran ini kamu akan belajar mengenal dan menamakan benda hidup dan bukan hidup yang terdapat di sekitar kamu, Kamu juga akan dapat menamakan jenis alat perhubungan dan pengangkutan yang terdapat disekitar kamu. Selain itu juga kamu juga dapat menunjukkan perlakuan bersopan santun semasa berinteraksi dengan ahli keluarga kamu dan juga masyarakat di sekeliling kamu.
Cikgu juga akan mengajar kamu menggunakan alat perhubungan dan pengangkutan dengan cara yang betul. Selain itu kamu akan mengamalkan sikap dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian bagi menjadi rakyat yang baik dan berguna kepada masyarakat dan negara.
Baiklah murid-murid bagi tajuk pertama hari ini cuba kamu lihat diri kamu sekarang. Cuba sebutkan nama-nama anggota tubuh badan kamu. Cikgu yakin kamu dapat mengenal anggota tubuh badan kamu.
Cuba lihat pada gambar di atas. Ini adalah rupa tubuh badan kamu. Bahagian-bahagiannya ialah mata , mulut , telinga , kaki , tangan , badan , rambut , hidung dan lain-lain lagi.
Sekarang adakah kamu kenal bahagian-bahagian tubuh badan kamu. Baiklah untuk menguji kefahaman kamu buat latihan di bawah.
Siapkan latihan kamu dan hantar melalui email kepada saya di idah100572@yahoo.com.my